Saturday, 10 January 2015

Pendaftaran Tingkatan 1 2015

10/1/2015 |  Sabtu  | SMA Parit Raja

Alhamdulillah pada hari Sabtu 10 Januari 2015 bermulalah kehidupan baru bagi pelajar tingkatan 1 di SMAPR. Pendaftaran bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir pd jam 3 petang. Ini adalah calon-calon yangg berjaya pada sesi temuduga yang telah dijalankan pada 21 Disember 2014 yang lalu. Seramai 85 orang pelajar telah mendaftar sebagai pelajar baru SMAPR.

Pd sebelah petangnya Minggu Ukkhuwwah Sekolah telah berjalan sebagaimana yang dirancang. Pelajar-pelajar baru mengikuti MUS bagi tempoh 5 hari bermula ahad dan diakhiri dgn majlis penutup pada hari Khamis 16/1/2015. Di harap semua warga baru ini dapat memberikan komitmen bagi memastikan kecemerlangan SMAPR. Pelajar-pelajar ini merupakan 'batch' pertama yang akan mengikuti kurikulum baru dini yg mula diperkenalkan oleh pihak KPM.

No comments:

Post a Comment