Sebaik sahaja musim persekolahan bermula untuk tahun 2015, SMAPR
telah dipilih oleh pihak PPD sebagai sekolah model abad ke -21. Justeru itu segala
usaha digembeling bersama bagi memastikan aspirasi tersebut berjaya
direalisasikan. Fokus awal diberikan pada pelajar tingkatan 1 yang merupakan printis kepada program ini. Walaubagaimanapun seluruh warga SMAPR bertekad akan memastikan segala usaha
strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalanya ke tahap
kualiti tinggi dan cemerlang, seterusnya mampu menangani cabaran abad ke -21.
Rentetan dari pemilihan itu pada tarikh 21 Januari 2015 beberapa orang
pegawai PPD telah sudi melawat SMAPR dalam rangka kunjungan mesra bagi membantu
SMAPR mencapai status sekolah model abad ke 21.






No comments:
Post a Comment